fae'ayna™

Resepi : Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah



NASI TOMATO
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

5 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b majerin /minyak sapi 
5 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) 
daun pandan disimpul or daun sup cincang 

bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.. 

AYAM MASAK MERAH
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 


Sekian saja dari fae untuk harini. semoga bermanfaat dan sedap!

Resepi Churros Rangup oleh 2 blogger (review)

Assallammualaikum.......




Ha tudiaaaaaa nampak macam sedap je, macam sedap je... Ha perut pun dah bunyi bunyi kan?


Petang-petang macam ni sedap goreng churros. RESEPI MINUM PETANG SIMPLE!
Jap jap, kenapa title review eh? Ha ni sebab saya belum try lagi... So saya pun nak try ni kena save dulu. Tapi disebabkan nak buat resepi yang cicah dengan coklat & cinamon powder, so saya post entry untuk dua2 resepi nohh.. korang boleh tengok nak ikut resepi yang mana satu..

Tambahan pula, korang boleh tengok perbandingan dua resepi ni, kot kot lah boleh agak-agak nak letak berapa amount yang mencukupi. Tup tup lagi sedap dan rangup dari yang biasa! haaa.. jom tengok resepi. Tapi sebelum tu gambar2 tu copyright dari pemilik gambar ye...

Apadia churros ni sebenarnya?

Churros merupakan snek ringan yang popular di Spanyol, Perancis dan Itali. Berasaskan doh pastei yang digoreng kemudian dicelup dengan coklat atau ditabur dengan gula halus atau serbuk kayu manis. Churros kini menjadi trending di laman sosial.
Churros kalau dimakan di cafe atau restoran harga boleh mencecah harga RM20-30 walhal ia senang untuk dibuat malahan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur.

1. RESEPI BLOG AZLITA MASAM MANIS

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan

sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )
 

1) Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.

2) 
Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
3) Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel.

Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar
Sementara itu bolehlah panaskan minyak.

4) 
Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.

5) Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!

6) Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supa serap minyaknya

7) Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.

8) Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
Sedapnya...!

 
2. RESEPI BLOG KAK NOOR
Bahan-bahan nya
  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Masukan  tepung sedikit demi sedikit yang telah di campurkan dengan garam, dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila dah betul-betul sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
  • Kak noor putar dengan mixer sehingga sebati selepas masuk sebiji telur, kemudian tambah lagi satu biji telur dan putar lagi sehingga betul-betul rata.
  • Panaskan minyak,kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang.
  • Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan,angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.


 
© Copyright | All Right Reserved by Farah Nuraina Johari